KOTA KINABALU: Dua kes Covid-19 varian Delta yang pertama di Sabah telah dikesan, menurut data dari Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah hari ini.

Selain varian Delta yang dilaporkan paling cepat merebak di banyak bahagian dunia sekarang, dua lagi kes baharu dari variant of concern(VOC) Alpha atau varian UK juga didapati di Sabah iaitu di dalam Kluster Gusi di Kg Gusi di Kinarut, Papar yang sekarang berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan.

Tiga lagi kes baharu varian Delta juga dikesan di Labuan, menurut data lagi.

Di antara 23 Jun 2021 dan 30 Jun 2021, sebanyak 28 kes varian baharu virus SARS-CoV-2 telah dilaporkan, kata Noor Hisham dalam siaran akhbar.

“Sebanyak 25 kes adalah VOC manakala tiga kes lagi adalah Variant of Interest (VOI) iaitu: 

- 18 kes varian Delta (B.1.617.2);

- Lima (5) kes varian Beta (B.1.351);

- Tiga (3) kes varian Kappa (B.1.617.1); dan

- Dua (2) kes varian Alpha (B.1.1.7).

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan VOI adalah sebanyak 217 kes. Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 198 kes adalah VOC manakala 19 kes adalah VOI,” kata Noor Hisham.

Menurut data Noor Hisham lagi, secara keseluruhan, KKM telah mengesan tiga kes varian Alpha (semua kes tempatan), empat Beta (semua tempatan) dan dua Delta (semua tempatan) di Sabah.

Manakala di Labuan secara kumulatif, sembilan kes Delta -- empat impot dan lima tempatan -- telah dikesan.

Source: Daily Express
  • Date Thu, 1 Jul 2021
  • Outbreak Covid-19
  • Category Sabah
  • View 2638
Share