Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa dua (2) kes(kes ke-35 dan kes ke-61) yang disahkan positif Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) sebelum ini telah pulih dan dibenarkan discaj daripada wad Hospital Sungai Buloh. Ini menjadikan 35 kes telah pulih sepenuhnya setakat ini dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad.

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Pada 14 Mac 2020 jam 12.00 tengah hari, sebanyak 41 kes baharu jangkitan COVID-19 telah dilaporkan. Kesemua kes baharu yang telah disahkan ini adalah dari kalangan patient under investigation (PUI) (37 kes) dan kontak rapat kes COVID-19 (4 kes). Dengan pertambahan 41 kes baharu ini, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 238 kes.

Sehingga kini, seramai 203 kes masih dirawat di wad dengan lima (5) daripadanya sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan. Kes-kes ini juga telah diberikan rawatan anti-viral.

Sehingga 14 Mac 2020, sebanyak 1,321 sampel dari pesakit influenza-like-illness(ILI) dan severe acute respiratory infection(SARI) telah diuji di IMR, semua makmal kesihatan awam dan hospital. Setakat ini tiga (3) sampel positif jangkitan COVID-19. Kesemua kes positif ini berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh.

Source: DG of Health
  • Date Sat, 14 Mar 2020
  • Outbreak Covid-19
  • Category National
  • View 2040
Share