NASIHAT KESIHATAN

Mengambil kira keadaan semasa, pihak KKM ingin menegaskan agar:

  1. Orang awam tidak digalakkan untuk menghadiri perhimpunan atau tempat yang melibatkan orang ramai `termasuklah tempat keagamaan, terutamanya mereka yang bergejala jangkitan saluran pernafasan; dan
  2. Semua penganjuran aktiviti yang melibatkan orang awam hendaklah ditangguhkan bagi mengelakkan penularan jangkitan COVID-19. KKM akan memaklumkan perkembangan jangkitan ini dari semasa ke semasa;
  3. Penjagaan kebersihan diri yang baik adalah seperti sentiasa mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan air dan sabun, atau menggunakan hand sanitizer;
  4. Dapatkan segera dapatkan rawatan perubatan segera sekiranya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk mahupun kesukaran untuk bernafas.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan COVID-19 dari semasa ke semasa dan orang awam akan sentiasa dimaklumkan mengenainya.

Sekian, terima kasih

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

Source: DG of Health
  • Date Fri, 13 Mar 2020
  • Outbreak Covid-19
  • Category Tips
  • View 774
Share